Tuesday, 10 February 2015

RESEPI NASI DAGANG

NASI  DAGANG

Bahan-bahan:
5 cawan beras siam wangi cap Bird of Paradise
2.5 cawan santan cair & 2 cawan santan pekat
3 ulas bawang merah - dimayang halus
1 inci halia - mayang halus
3/4 sudu besar halba
1 sudu besar garam kasar (paras rata) - dicampur ke dalam santan pekat

Cara cara:
Beras dibersih dan direndam dgn air seketika sebelum dikukus. Letak air ke dalam pengukus sehingga mendidih.

Masukkan beras ke dalam pengukus dan kukus sehingga separuh masak (nampak wap keluar lebih kurang 20-30 minit.

Bila separuh masak, angkat kemudian masukkan ke dalam bekas yg besar lalu siramkan santan cair dan kacau rata.

Masukkan semula ke dlm pengukus bersama daun pandan dan kukus sehingga masak.

Bila masak, angkat masukkan ke dlm bekas besar bersama halba, halia, bawang merah dan dgn serta merta siram dgn santan pekat dan kacau perlahan sehingga rata.

Kemudian rata dan kemaskan nasi.  Bila nak hidangkan ceduk dari tepi perlahan lahan sambil digembur gemburkan.



GULAI IKAN TONGKOL

Bahan-bahan:
1 ekor ikan tongkol hitam (lebih kurang 1 kg) 
1 kotak santan kotak  - air secukupnya
3 sudu besar cili kering kisar - tambah jika suka pedas
1 pek rempah gulai cap bunga rose (bancuh dg sedikit air)
8 gram rempah masak cap bunga rose 
2 keping asam keping
2 sudu besar gula melaka/gula atau secukup rasa
10 biji cili api
6 - 7 biji belimbing buluh
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
10 ulas bawang merah 
4 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 hiris lengkuas 

Cara cara:
Ikan dibersihkan kemudian direbus bersama 4 keping asam keping dan garam sehingga airnya tinggal separuh. Kalau rebus dan dibiarkan semalaman, lagi sedap. 

Dalam periuk lain panaskan minyak, tumis bahan bahan kisar, cili kisar sehingga garing dan masukkan rempah gulai dan goreng lagi sehingga naik bau dan pecah minyak. Nota: Resepi asal Terengganu, santan dimasak sehingga pecah minyak sebelum dimasuk bahan kisar dan serbuk.

Masukkan santan, kacau sehingga hampir pecah minyak. Masukkan ikan, asam, gula Melaka dan garam, renih sehingga pecah minyak dan agak pekat. Saya gunakan sedikit air rebusan ikan, jadi rasakan dulu asam garam sebelum dimasukkan asam dan garam supaya kuah tak terlebih masam pula. 

Masukkan cili padi dan belimbing buluh. Renihkan sebentar. Bolehlah angkat dan dihidangkan.

Gulai ni lebih enak jika dibuat lebih awal.  Jika nasi dagang untuk sarapan, gulai boleh dibuat malamnya. Keesokan harinya gulai nya nanti lebih enak dan wangi serta cantik naik minyak nya.
Kredit : Azie Kitchen

NASI DAGANG

Kali ini, entri tentang nasi dagang.. maksud dagang sendiri sudah membayangkan bagaimana bentuk makanan tradisional yang popular di Malaysia ini.Penduduk tanah melayu di masa lalu gemar berniaga ke pelusuk negeri di tanah melayu. Maka wujud lah istilah dagang yang membawa pengertian mengembara atau menjelajah ke suatu tempat dengan sebab berniaga. Ok cukup dengan perkataan “dagang”. Kita fokus kembali kepada makanan kegemaran ramai ini.

Nasi Dagang merupakan hidangan tempatan istimewa yang terkenal di Terengganu dan Kelantan. Nasi dagang Terengganu biasanya diperbuat daripada campuran beras dan beras pulut dan dimasak bersama-sama santan kelapa.

Nasi dagang Kelantan biasanya bewarna coklat kerana menggunakan beras berbeza dikenali 'beras dagang'.

Nasi dagang Terengganu dihidangkan dengan kuah nasi dagang yang dimasak dengan menggunakan rempah khas (berlainan dengan rempah kari biasa). Ikan yang digunakan biasanya ikan Aya Hitam (ikan tongkol) yang bersaiz besar, dipotong. Selain itu acar timun juga disediakan.
Nasi dagang dikatakan dikenali sedemikian kerana, hanya mempunyai satu lauk (tanpa acar timunnya). Mudah, bagaikan mereka yang dalam perdagangan tanpa penyediaan lauk-pauk yang banyak.

Kini nasi dagang bukan hanya digemari oleh penduduk Kelantan dan Terengganu sahaja. Malah ia mendapat banyak permintaan di negeri-negeri lain di Malaysia. Maka perniagaan ini sangat berkembang di seluruh Malaysia.

Sunday, 8 February 2015

RESEPI NASI KERABU KELANTAN


Bahan bahan utama membuat nasi kerabu adalah sambal tumis, sambal kelapa, nasi dan sambal selain dari ulam ulaman dan bahan bahan sampingan lain.

Nak buat nasi kerabu kena ikut 5 langkah ni yee..

A. Kuah Sambal Tumis

Bahan bahan:
10 cili kering
3 ulas bwg merah
1 biji bwg besar
1/2 labu bwg putih
1/2 inci halia
200 gm santan pekat
3 batang serai - ketuk
2 keping asam keping
1 1/2 sb gula
2 sk garam bukit halus
2 sb budu
Minyak masak - agak banyak

Cara cara:
Kisar cili, bawang bawang dan halia.
Tumis bahan kisar sehingga pecah minyak. Masukkan 1 1/2 cawan air. Masukkan santan. Sentiasa dikacau supaya santan tidak berketul.

Masukkan serai, asam. Bila mendidihkan masukkan budu dan gula. Rasakan sebelum dimasukkan garam supaya tidak terlebih masin. Kacau sehingga pecah minyak dan bolehlah ditutup api. 

# Kuah biar pekat dan masin sedikit. 



B. Sambal Ikan

Bahan bahan:
1 biji kelapa parut - goreng api perlahan supaya tidak keperangan & tumbuk kasar
7 ekor ikan sardin - rebus, ambil isi & tumbuk
5 ulas bawang merah
5 batang serai
2 1/2 sb gula
2 1/2 sk garam

Cara cara:
Tumbuk serai hingga hancur dan masukkan bawang merah. Tumbuk lagi. Masukkan garam dan gula secukup rasa.

Masukkan isi ikan yang telah ditumbuk dan kelapa goreng yang telah ditumbuk. Gaul rata rata.

Sesuaikan rasa dan sedia untuk dihidangkan. 

# maniskan sikit baru sedap.


C. Sambal Cili

1/2 kg cili - basuh
Garam
Gula
Belacan
Asam jawa
Limau nipis/cuka

# Kisar kesemuanya. 


D. Ulam ulaman

Kubis
Timun
Kacang panjang
Daun kesum
Bunga kantan

# Hiris halus dan sedia untuk dihidangkan.


E. Nasi 

5 1/2 pot beras
Air secukupnya
Pewarna kuning (atau guna 7 kuntum bunga telang utk nasi kerabu berwarna biru)
2 helai daun pandan

Masak nasi menggunakan rice cooker seperti biasa. 

F. Bahan lain:
Keropok goreng
Telur masin

NASI KERABU

Makanan tradisional yang terkenal di pantai timur adalah nasi kerabu. Makanan ini amat digemari oleh masyarakat melayu di Kelantan dan Terengganu.

Nasi kerabu ialah satu hidangan nasi yang dimakan bersama ulam-ulam yang dijadikan kerabu. Antara ulam yang biasa dijadikan kerabu ialah kacang panjang, mentimun, daun kesom dan taugeh. Nasi berkerabu ulam ini dimakan bersama sambal ikan, telur masin, ikan goreng, ikan bakar, daging bakar, keropok, bawang jeruk, tumis dan budu (sos ikan bilis).
Tidak diketahui dengan jelas asal usul nasi kerabu, tetapi dalam masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Siam, ulam menjadi makanan harian mereka. Di Thailand, nasi kerabu dikenali sebagai Khau Jam. Tidak banyak perbezaan di antara nasi kerabu dengan khau jam, kecuali perbezaan citarasa tumis dan bahan yang dijadikan sos sahaja.

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

Nasi kerabu kini juga dikomersialkan oleh pelbagai pihak. Kini terdapat nasi kerabu segera yang telah dijual dipasaran. Keenakkannya masih lagi sama dan bahan-bahan yang sama masih lagi dikekalkan dalam pembuatan nasi kerabu segera.

MAKANAN MASYARAKAT MAJMUK MALAYSIA

Malaysia mempunyai kepelbagaian makanan tradisional hasil daripada pencampuran budaya pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan gabungan budaya Malaysia yang unik. Jumlah kaum terbesar di Malaysia adalah kaum Melayu, Cina dan India.

Masyarakat melayu,mempunyai pelbagai jenis makanan tradisional seperti sambal belacan yang dimakan bersama ulam-ulaman,nasi lemak,lontong dan sebagainya.setiap negeri mempunyai makanan yang mengikut negeri masing-masing sebagai contoh, Kelantan terkenal dengan nasi kerabu, nasi dagang, budu. Melaka pula terkenal dengan asam pedas, cencaluk. Pulau Pinang pula terkenal dengan laksanya,Perak dengan rendang, Pahang pula gulai tempoyak manakala Negeri Sembilan terkenal dengan gulai lemak cili api.

Kepelbagaian dan pencampuran budaya yang sangat lama menyebabkan setiap makanan ini di makan oleh semua bangsa di Malaysia. makanan tradisiional dari kaum lain yang tinggal di Malaysia seperti capati, tosai, roti canai, kari, dimsum, cha kuey teow turut menjadi sumber makanan utama di Malaysia. pencampuran budaya ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian makanan yang sangat banyak. jenis-jenis makanan yang disebutkan di sini belum lagi termasuk makanan-makanan dari kaum-kaum minoriti yang berada di Malaysia. Selain itu pengaruh budaya timur tengah dan eropah juga mewarnai kepelbagaian makanan di Malaysia.

Blog ini akan mengupas sedikit sebanyak jenis-jenis makanan yang popular di Malaysia. Terima kasih atas kunjungan anda ke blog ini.

salam perkenalan dari editor.