Sunday, 8 February 2015

NASI KERABU

Makanan tradisional yang terkenal di pantai timur adalah nasi kerabu. Makanan ini amat digemari oleh masyarakat melayu di Kelantan dan Terengganu.

Nasi kerabu ialah satu hidangan nasi yang dimakan bersama ulam-ulam yang dijadikan kerabu. Antara ulam yang biasa dijadikan kerabu ialah kacang panjang, mentimun, daun kesom dan taugeh. Nasi berkerabu ulam ini dimakan bersama sambal ikan, telur masin, ikan goreng, ikan bakar, daging bakar, keropok, bawang jeruk, tumis dan budu (sos ikan bilis).
Tidak diketahui dengan jelas asal usul nasi kerabu, tetapi dalam masyarakat Melayu tradisional dan masyarakat Siam, ulam menjadi makanan harian mereka. Di Thailand, nasi kerabu dikenali sebagai Khau Jam. Tidak banyak perbezaan di antara nasi kerabu dengan khau jam, kecuali perbezaan citarasa tumis dan bahan yang dijadikan sos sahaja.

Nasi kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya bewarna kebiruan, dan biasanya dimakan dengan ikan kering atau ayam goreng, daging bakar, telur masin, keropok, budu dan ulam-ulaman lain. Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan. Kini kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak dengan menggunakan kunyit.

Terdapat pelbagai variasi Nasi Kerabu yang berdasarkan kepada warnanya. Terdapat Nasi Kerabu Kuning, Nasi Kerabu Putih, Nasi Kerabu Hitam dan Nasi Kerabu Biru.
Nasi kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan dan Terengganu, dan sekarang ini ia boleh didapati di seluruh negara. Ia juga sering dimakan bersama solok lada.

Nasi kerabu juga enak di makan bersama keropok goreng.

Nasi kerabu kini juga dikomersialkan oleh pelbagai pihak. Kini terdapat nasi kerabu segera yang telah dijual dipasaran. Keenakkannya masih lagi sama dan bahan-bahan yang sama masih lagi dikekalkan dalam pembuatan nasi kerabu segera.

No comments:

Post a Comment